BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Memaparkan catatan dengan label Luahan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan hati. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mei 2011

Realiti Hidup

Assalamualaikum wbt,



Realiti kehidupan memang tak sama dengan apa yang kita impikan....aku selalu bayangkan aku hidup bahagia...walaupun dari dulu aku merasai kebahagiaan yang mungkin orang lain tak rasa...aku ada sebuah keluarga, orang lain mungkin lahir tanpa mak abah...atau mungkin lahir sebagai anak tunggal...aku bersyukur aku pernah merasai segala kebahagiaan tu...aku ada mak abah yang sangat baik, aku ada adik2...aku ada kakak2 dan abang2 sepupu, walaupun aku takde kakak dan abang sendiri....aku tetap bersyukur...aku masih ada uwan dan atuk...aku ada kawan-kawan...aku ada kerjaya...aku ada kaki untuk melangkah, aku ada tangan untuk makan dan menaip apa yang tersimpan dihati aku saat ini, aku ada semua nikmat ALLAH...syukur alhamdulillah....dulu, aku selalu bersyukur...kalaupun aku tersasar aku tetap akan pulang dilandasan aku..dulu, aku selalu marah orang-orang yang aku sayang kalau diorang merungut...dulu, kalau orang buat maksiat aku benci malah dengan lelaki pun aku tak berapa nak suka....huhu...people change...but should...people changed from bad to not bad, from not bad to nice, from nice to great, from great to awsome....and changed to better and better......apa dah jadi pada aku????kenapa aku makin teruk dan makin teruk????aku tak suka diri aku sekarang....aku bahagia sekarang, tapi kebahagiaan aku ada makna ke disisiNya???aku dah kecewakan diri aku sendiri, aku dah kecewakan mak abah...aku dah buat ALLAH Murka pada aku....aku rasa sesak nafas dengan semua ni...aku tak mampu nak kawal perasaan aku...kenapa ada yang tak nak paham aku???atau mungkin aku terlalu mendesak mereka untuk memahami aku..papepun...aku bersyukur, mak masih paham aku walaupun kadang-kadang tu mak tak paham keseluruhan cerita hidup aku tapi kata-kata mak menaikkan semangat aku...mak pendengar yang baik....kata-kata mak juga selalu ingatkan aku pada ALLAH yang Esa....kalaulah aku setabah dan sekuat mak menghadapi hidup....




Macam-macam perkara pahit yang aku lalui, dan aku simpan hanya untuk diri aku...ALLAH Maha tau apa yang tersimpan dan terbuku dalam hati aku....tapi aku bersyukur dengan apa yang aku lalui ni, aku rasa aku agak kuat menghadapi hidup sepanjang 24tahun ni....biasalah manusia mana ada yang sempurna....aku nak diri aku yang dulu...aku dah langgar semua prinsip hidup aku...dulu aku nekad taknak menangis sebab lelaki kecuali abah dan adik-adik aku...dan banyak lagi prinsip aku yang tergadai sejak setahun ni.....tapi aku tak nak menyesal...aku nak hargai apa yang aku ada saat ini....aku ada impian masa depan...masa depanku, tolong lindungi aku...tolong sayangi aku....



Aku harap aku akan bahagia dengan masa depan aku dan juga masa silam aku...pape pun, hidup aku tetap harus diteruskan dengan rasa syukur...dengan redha...aku nak jadi kekasih ALLAH....

Isnin, 16 Mei 2011

Bahagia sampai syurga

Assalamualaikum wbt,


Dah lama juga blog ni tak di update...hari ini, apa kata bercerita tentang bahagia...apa itu kebahagiaan sebenarnya???bagi aku, kebahagiaan adalah subjektif sebab setiap orang ada cara tersendiri untuk merasa bahagia..kalau aku bahagia apabila mak abah aku gembira, tak semestinya juga orang akan rasa yang samakan???so its really subjective....sekarang ni aku bersyukur dengan apa yang aku ada, aku hargainya sangat-sangat...dulu hidup aku lain sangat, sejak hadirnya dia aku jadi lain...dia adalah pengalaman pertama aku dan aku berdoa dia adalah yang terakhir....aku nak sehidup semati dengan dia sampai syurga....lalui hidup bersama susah dan senang...means that aku lebih bahagia dengan kehadiran dia dalam hidup aku...ALLAH maha berkuasa, dia aturkan aku bertemu dengannya dalam sekelip mata je...tapi memang betul pun usaha penting, dulu aku aku dan dia tak berusaha, kami tak kemana jugakan??? :)








walaupun apapun masalahnya, kami tetap bersama.....tetap gembira, kami akan bina sebuah keluarga yang bahagia dunia akhirat...insyaALLAH...setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing-masing...insyaALLAH kalau kami IKHLAS menyayangi antara satu sama lain kami akan menerima apa jua kekurangan masing-masing dan tetap bersama....insyaALLAH...











InsyaALLAH impian dan angan aku ni akan jadi kenyataan...amin....

Rabu, 6 April 2011

C.I.N.T.A

Assalamualaikum wbt,

Sesungguhnya ALLAH menjadikan Cinta untuk menjalinkan ukhuwah sesama manusia. Cinta bukan hanya terhad untuk pasangan kekasih atau suami isteri sahaja, Cinta juga terjalin antara adik beradik, saudara mara dan Cinta yang paling dituntut dan kekal abadi adalah Cinta kepada ALLAH swt. Manusia ni sentiasa lalai apalagi jika pasangan yang mabuk bercinta, Cinta buat mereka lupa semua perkara disekeliling mereka. Ada juga manusia yang cinta duit dan harta benda, cinta sesuatu dengan obsesnya hingga lupa cinta yang sejati hanyalah Cinta ALLAH.

Aku pun manusia biasa, dulu aku mencari cinta manusia tapi cinta aku pada ALLAH adalah yang utama walaupun dengan kelalaian aku kadang aku lalai menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya. Aku sepatutnya berubah jadi lebih baik bukan sebaliknya tapi sejak aku mula cintakan manusia 5bulan lepas aku hampir serahkan semua cinta aku pada dia, sedangkan setiap hari lidah aku berdoa "YaALLAH jangan jadikan cintaku pada manusia melebihi cintaku padaMu yaALLAH..." perasaan sesuatu yang subjektif....sukar diduga....kalau la dulu aku sering bertanya siapa jodoh aku sekarang aku sering mempersoalkan kenapa aku harus ada perasaan macam ni...ya memang perasaan yang indah tapi yang indah itu yang sering buat manusia lemah macam aku lalai....Aku tak salahkan sesiapa, semua ni ade hikmahnya...apa yang perlu aku buat adalah memperbaiki hubungan aku dengan ALLAH semula!!Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...insyaALLAH aku akan dimaafkan. Aku kenal pasti diri aku ni kaya dengan cinta dan kasih sayang...aku diajar sejak kecil untuk tidak menyimpan dendam atau benci pada orang lain. Aku sayangkan orang2 disekeliling aku....apa pun yang mereka buat pada aku, aku maafkan....dan harap mereka dapat memaafkan aku juga....memaafkan adalah satu perkara yang penting bagi aku sebab aku teringin nak masuk syurga ALLAH...kalau la aku penuh dengan amalan sekalipun jika ade orang yang tak maafkan aku...aku tetap tergantung..tak dapat masuk syurga....auzubbillah....aku sayangkan orang yang aku sayang sampai akhirat...aku mohon mak abah adik2 aku supaya mereka masuk syurga, dapat perlindungan arasy ALLAH dipadang masyar kelak....insyaALLAH...

Honestly, aku memang tak sabar nak punya keluarga sendiri, ada anak sendiri...ada suami yang jaga aku...impian aku cuma satu je nak jadi seorang wanita yang solehah...hamba ALLAH yang taat dan solehah, anak yang solehah, kakak yang solehah, pekerja yang solehah, kawan yang solehah, manusia yang solehah dan yang paling penting aku berazam nak jadi isteri dan umi yang solehah....insyaALLAH....sesungguhnya ALLAH dah janji akan makbulkan doa-doa hambaNya yang berdoa kepadaNya....aku yakin dengan janji ALLAH....semoga mak abah adik uwan atok dan semua orang yang aku sayang sentiasa dilindungi ALLAH dan bahagia dunia akhirat...amin....terima kasih ya ALLAH....

Selasa, 28 Disember 2010

Dunia Baru

Assalamualaikum wbt,
dah lama sangat rasanya tak update my blog yang cute ni...pada waktu dan ketika ini aku berada di pejabat kastam kelana jaya meneruskan hari2 sebagai seorang penjawat awam yang baru dilantik beberapa minggu yang lepas. alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun ada satu dua perkara yang biasa berlaku pada orang2 baru macam aku kat sini. soal perbelanjaan memang sesak sikit lately ni, maklumlah gaji tak terskip untuk bulan 12 tapi tak pe aku masih mampu bertahan. macam2 yang aku lalui sepanjang setahun 3bulan kerja dengan Telekom Malaysia berhad kat pahang, tengok je la previous text aku..huhu..tapi semua tu dulu sekarang aku dah jadi agak lain...pengalaman memang buat seseorang jadi sedikit matang, aku tak kata yang aku semakin mature tapi sedikit sebanyak boleh la mengawal kalau ada pape masalah...alhamdulillah masa dapat kerja gomen ni aku dapat gak sesuatu yang aku impikan dan doakan selama ini...sekarang aku rasa sangat bahagia dan sentiasa berdoa kebahagiaan ni kekal sampai bila2...aku bersyukur dikelilingi orang2 yang baik...
semuanya ALLAH dah tentukan, dapat kerja kat putrajaya dekat jga dengan orang2 yang tersayang macam rus, kak ira, kak ana dan yang paling penting dengan seseorang yang aku cintai...hehehe...yang boleh sentiasa jaga aku....yeke???aku harap hubungan kami ni kekal sampai akhir hayat...amin....
dah seminggu aku batuk2 dan sedikit demam tapi tak pe tak seteruk dulu masa kat college...
semoga semuanya akan jadi bertambah baik...insyaALLAH..

Isnin, 4 Oktober 2010

kereta oh kereta

Assalamualaikum wbt,
sesungguhnya ALLAH menguji sapa pun yang Dia inginkan sama ada ujian yang berat atau sebaliknya....aku sentiasa terima ujian yang ALLAH berikan pada aku dengan redha walaupun kadang tu aku menunjukkan reaksi yang sebaliknya....ALLAH maha tau semuanya....ALLAH menguji aku dengan kereta....aku bersyukur ada gak kereta, tapi kereta aku yang kuberi nama "hawa" sangat suka demam dan semput....cian....penyakit tua...huhu....sebenarnya yang buat aku resah dan gelisah tu sebab bila kereta aku breakdown aku akan menyusahkan orang-orang disekeliling aku....kenapa???apa hikmahnya??diulang sekali lagi...kalau boleh dalam hidup aku ni aku tak nak susahkan orang.....tapi itulah yang berlaku....nak kate malu tu, tak payah nak issue la memang malu giler2....rasa bersalah lagi la tebal....tapi aku rasa ade hikmahnya kenapa ALLAH jadikan macam tu...salah satunya mengeratkan silaturrahim antara orang2 yang aku kenal...yang tak kenal pun jadi kenal....huhu...apapun dalam hati aku, aku sendiri tak pasti, yang aku nak tau aku nak sentiasa redha dengan apa yang ALLAH bagi pada aku....
khamis malam jumaat aritu aku, kak saa, ngan kak ida deal nak tengok wayang kat east cost mall(ecm) pastu masa nak balik xleh nak start plak...bayangkan la kat atas plak tu aku parking....hish hish hish....malam tu aku dengan riaknya(tu da dosakan!!!) nak jumper kete aku ngan kete kak ida(nasibbaik kak ida naik kete asing) yela akukan ade jumper...huhu....pastu dengan bijaknya aku salah pasang negetive positive terus putus cable warna merah...dalam sejarah....berasap2...cuak aku....nasibbaik ALLAH selalu tolong aku...ada mamat cina ni nak tolong2....dia sambungkan semula cable tu...bijak bijak....tapi ALLAH masih menguji tak boleh jugak...dah la dalam keadaan mamai sebab tido dalam panggung wayang.....kuikuikui.....pastu pakwe kak ida datang ngan kawannya yang bernama abg budin....hum...diorang tengok2 kete aku siap bawak baseball punya kayu lagi nak ketuk2 ape ntah..risau gak...pastu aku wat keputusan nak tinggal je kete kat situ....malam tu jugak aku rasa putus asa sikit..nak berdiri pun rasa tak larat....apalagi nak senyum....huhu....masa tu rasa bosan sangat....sampai la saat ni kete tu masih tak tau boleh start ke tak....jumaat tu abg nan Honda ngan kawan dia tolong jumperkan aku bawak terus sampai ke opis, parking!!petangnya naik bus g kl....lapang la pikiran aku tentang kete sekejap....tenang je aku....hehehe...sampai kl aku pun teruskan je la hidup aku...tolong2 kak lena kenduri izzaiddin....alhamdulillah semuanya dah selamat...sekarang pun kat opis meneruskan hidup sebagai seorang pekerja TM....huhu....aku dah janji ngan pak cik kamal nak susahkan dia petang ni....huhu....cian dia....pape pun itulah yang berlaku....bersyukur dan redha je la...aku pun da wat keputusan nak beli ..... baru....apa ..... nanti aku gtau ea....ok adios amigos....

Selasa, 21 September 2010

kehilangan

Assalamualaikum wbt,
ahad lepas aku merasa kehilangan lagi, aku kehilangan kucing kesayangan aku si buncit...aku melihat saat dan tingkah buncit sebelum dia mati...sedihnya hanya Maha Pencipta yang Maha tau...apapun aku redha ajal maut ALLAH yang tentukan...aku doakan buncit bahagia disyurga kekal abadi.....amin...insyaALLAH....
Dah 2malam aku ada dikuantan selepas cuti raya dan malam tadi aku memang tak boleh tido, rasa sakit sangat ditambah dengan rasa sayu dan sedih tak tau kenapa....aku berperang dengan perasaan aku, aku takut kehilangan orang2 yang aku sayang dan cinta....kehilangan bukan sebab mati jekan???kadang tu, kehilangan yang kite rasakan sebab orang yang kita sayang tinggalkan kita kerana sesuatu...aku rasa pelik sangat...aku sayang dia, aku cinta dia tapi mungkin dah nasib aku setiap kali aku sayangkan seseorang aku pasti akan kecewa...aku redha....kalau dia memang untuk aku, tak kira apa yang berlaku dia tetap aku punya....kalau dia bukan, mungkin ada yang lebih baik...
Macam mana aku nak tenangkan dan ceriakan hati aku ni, aku rasa pedih sangat rasa sayu je...aku nak hidup ceria...mungkin aku yang patut pergi...tapi ke mana?????????aku inginkan sesuatu berlaku saat ini...tapi ianya agak mustahil kerana ianya melibatkan masa depan...biarlah...aku akan tunggu dan terus berdoa...insyaALLAH... :)

Isnin, 6 September 2010

banyaknya cabaran dalam bulan ramadhan

Assalamualaikum wbt,
sebelum-sebelum ni aku rasa aku sangat kuat dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang, tapi makin aku dewasa kenapa aku semakin lemah lagi-lagi dibulan mulia ni bulan ramadhan...aku rasa sedih kenangkan diri aku...bila agaknya aku boleh menyenangkan hidup orang lain tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab ALLAH mengurniakan aku orang-orang disekeliling yang sangat baik dan terpancar keikhlasan mereka membantu aku disaat aku dalam kesusahan...aku betul-betul rasa teruji dibulan yang mulia ni....sampaikan aku dah tak de rasa nak raya, aku rasa sangat penat....
Jumaat lalu, aku ke kuala lumpur tapi aku tak sehappy sebelum ni aku rasa tak sedap sangat tapi biarlah semuanya dah pun berlalu...aku kena selalu ingat kalau aku susah ada ramai lagi yang lebih susah dari aku....dan betul ALLAH bagi ujian hanya semampu kita, Dia takkan bagi ujian yang kita takkan mampu....tadi waktu rehat aku keluar dengan kak safura, jalan punya la jam....sampai kat MyDin, aku tunggu kak safura kat tepi jalan tu aku tengok minyak dah nak habis sangat pastu dengan tak rasa bersalah aku matikan enjin pastu ade orang nak kuar parking bila aku nak start xleh langsung....satu bunyi pun tak de...nasib ALLAH utuskan ada sorang pak cik mak cik ni tolong aku...pakcik tu la yang tolong tolakkan keta aku ke depan sikit...alhamdulillah...pastu aku try sedaya aku...aku call aznor...ikut apa yang dia ajar tapi it's not working....kak saa kate call pak cik kesayangan aku...en kamal...aku pun call alhamdulillah dia ade kat kuantan....dia janji nak tolong aku...sampai sudah pak cik kamal ngan pak cik ali la yang tolong aku.....hum kereta yang bernama Hawa tu selalu begitu rosak kat tengah-tengah jalan...tapi aku redha cumanya aku rasa tak sedap langsung bila terpaksa susahkan orang....aku betul-betul minta maaf pada semua orang yang aku selalu susahkan....tapi aku tau diorang ikhlas sangat tolong aku...aku sangat-sangat bersyukur..hanya doa yang boleh aku buat untuk korang sebagai tanda membalas jasa baik korang....
lagi satu perkara, keciknya hati aku tentang sesuatu....aku sedar sesuatu tapi aku maafkan orang tu...sebab aku sayang dia....bila dia susah nampak sangat dia cari aku tapi bila dia dah tak perlukan aku, dia xhiraukan langsung perasaan aku....tak pe la...semoga dia bahagia dengan orang-orang yang dia sayang....kalau aku muasabah diri semula mungkin aku pernah buat orang begitu juga kot....yang pasti aku sangat menghargai semua orang yang aku sayang....
tak lama lagi dah nak raya, lagi 2 3 hari je....baju raya pun xde lagi, kasut semuanya la....biarlah aku tak perlukannya....aku hanya layak apa yang aku layak....tak de baju raya pun tanpa aku juga raya tetap akan terjadi....aku sedih sangat sebenarnya....tapi aku perlu kuat....kadang tu aku rasa diri tak kuat nak hadapi ujian lain lagi....aku rasa lemah...mungkin dulu aku ade orang dibelakang aku, sekarang pun ade tapi mungkin aku dah semakin tamakkan kasih sayang...ampunilah aku yaALLAH....berikan aku sedikit kekuatanMu....aku betul-betul rasa kosong...time tenang bila lepas solat tapi bila teringat semula semua perkara ni aku jadi kelam kabut semula....rasanya nak balik kampung sekarang juga walaupun tak la membantu hati aku ni sangat atleast kat umah ade orang yang sayangkan aku....tak pe lah aku harus redha....aku harus bersyukur dengan setiap yang ALLAH bagi dan tentukan untuk aku....
sejak akhir-akhir ni aku sering merungutkan???apa nak jadi dengan aku ni???aku keliru lah...harapnya cuti seminggu nanti aku akan lebih tenang dan bersedia menghadapi apa pun....insyaALLAH....dikesempatan ini aku mohon maaf zahir dan batin diatas semua keterlanjuran ayat-ayat aku dalam blog ini yang menyentuh hati korang...selamat menyambut hari raya aidilfitri...sapa yang tau umah aku...bolehlah datang....tapi macam biasa nak datang bagitau la dulu boleh aku prepare pape yang patut..hehehe....ok la...diharap semua orang-orang yang aku sayang sentiasa selamat dan dirahmati ALLAH insyaALLAH....

Jumaat, 3 September 2010

Macam mana ni???

Assalamualaikum wbt,
Aku rasa risau la plak, kak safura dah apply dan GM pun dah luluskan, syikin dalam proses nak apply dan dah ade pengganti juga pasti senang urusannya nanti...lagi 2tahun en hussin ngan en mustaffa nak pencen pulak...apa akan jadi dengan aku???aku bukan takut duk sorang tapi apa aku nak buat sorang2 kat kuantan ni???kak ida pun ada ura-ura nak pindah gak...dah tu nanti akan tinggal aku ngan si Lion je kat pejabat....huhu...aku terfikir nak kawen kontrak je senang ade gak alasan nak pindah....kalau kawen bebetul pun xde salahnya boleh aku benti keje...tapi ade ke orang nak kat aku???hahahaha.....banyaknye aku pikir sejak akhir-akhir ni sampai hilang selera makan aku....aku pikir macam-macam sampai kepala aku ni rasa berat dengan beban....huhu....nak tak nak aku risau atau tak aku pikir atau tak aku tetap kene sabar, apapun jadi nanti aku tetap kene redha....yaALLAH ampunilah aku....tolonglah aku....apa yang harus aku buat...hidup aku rasa macam tunggang terbalik ni....

Rabu, 24 Februari 2010

Kereta Idamanku

Assalamualaikum wbt,

Aku ade nak tunjuk impian aku ni....

Mazda
Mercedes
Audi
Audi
Audi
Namun impian cuma impian, xtau la bila nak jadi kenyataan yang nyata, sekarang ni aku pakai kete sebiji macam kete ni....syukur alhamdullillah....
kenari

Jumaat, 25 Disember 2009

Update my blog

Assalamualaikum wbt,
hai, dah agak lama aku xupdate blog ni...aku pun da lupa agaknya kalau ade cerita panas dan gosip yang menimpa diri aku...hahahaha....baru2 ni minggu lepas je, aku p satu pulau yang sangat indah, pulau mana korang mesti xnak taukan???hehehe....kalau sesiapa yang nak p pulau tu contact la aku...huhuhu.....pulau tu macam pulau ibadah...tenang...air laut pun indah...subhanallah.....sebelum aku p pulau tu, aku minta cuti kat bos aku sedangkan cuti aku da habis...so korang rasa bos aku bagi x????bos aku baik, mestilah dia bagi pastu dia tanya aku nak p mana, aku pun cakap nak p umrah...tapi xcakap nak p umrah kat mekah...sedangkan la konon aku p umrah kat pulau besar....niat nak p umrah, aku dapat la apa yang aku niat tu...memang sonok...walaupun xcukup tido tapi hati setenangnya kat sana.....
La ni, masalah perasaan plak aku da terjjatuh tangga kat seseorang tapi harapnya biarlah sementara perasaan aku yang gila ni...aku siap solat istikarah tu...huhu...biaq p la...malas aku nak pikiaq...aku ade masalah yang lebih besaq lagi...kalau nak kawen kene ade duit ni aku rm20 pun xde dalam bank semua aku da kikis sebab nak betulkan kete aku yang aku bagi nama hawa....hahaha sedap xnama kete aku????kete aku nama hawa aku nadia so aku dan kete bernama hawa nadia....sedapkan????
Sekarang aku ade kat kg yang indah ni....esok nak p umah rus, kak lang nak tunang....huhu bila la giliran aku ni???sabar je la...aku ni gemuk...kulit pun xlicin....hummmm tabah je la hadapi hidup nikan???alhamdulillah aku masih hidup....adik mun si angah ade kat sini...esok nak anta dia balik gentam dah....tapi ingat nak ajak depa tengok wayang dulu...
aku pun da ngantuk, nak tdo dulu....huhuhu...gud nite...Assalamualaikum...

Jumaat, 4 Disember 2009

Assalamualaikum wbt,
Aku rasa betul2 xde semangat sejak semalam sampai ari ni, rasa cam demam je...tapi last nite aku ada makan ubat tapi tu la kepala rasa berat mata rasa sepet lagi...Aku rasa bersalah pada diri sendiri, aku sabar untuk jadi yang terbaik...sebab aku tau bukan semua yang kite nak kite akan dapat masa tu gak...macam saiz aku, aku nak jadi kecik sikit xnak la besar susah nanti orang angkat aku bile mati...aku takut la...aku nak berusaha tapi aku ni xkuat la...rasa nak makan je...sekarang ni aku rasa something kat seseorang, sapa jangan la ditanya sebab aku takut...kali ni aku xberharap sangat, banyak berdoa je...dia look like a good man....kalau dia memang untuk aku..xkan kemana2kan???kalau bukan redha je la...aku berusaha nak kurus untuk diri aku bukan untuk sapa2...nanti aku yang rugi...
Cepat la kembali wahai semangat, ceriakan hidup aku semula dengan keyakinan...jadikan aku manusia yang sentiasa bahagia walaupun dugaan bertimpa2...kepada Muhammad aku mohon syafaat, kepada ALLAH aku mohon keampunan...
Hujan turun tak henti2, matahari tak muncul2, hanya ALLAH yang Maha tahu apa yang akan berlaku selepas ni...aku hanya mampu melakonkan watak diri aku dalam pentas lakonan dunia ni....ingin tahu kesudahan hidup aku....baik atau buruk tapi yang dimohon, diharap agar semuanya baik belaka....amin...

Jumaat, 20 November 2009

Perasaan atau Perasan?

Assalamualaikum wbt,
Selamat Hari Jumaat, Semoga hari ini menjadi hari yang paling berkat...tapi aku mulakan hari aku dengan memakan daging saudara yang telah meninggal...aku mengumpat...atau kata lainnya aku sebenarnya meluahkan rasa dan isi hati supaya tak terpendam lebih lama dan menjadi teruk...aku sentiasa berfikiran +tive tapi aku tetap manusia biasa...aku rasa hari ini macam semua orang duk benci aku, xnak cakap ngan aku...apa salah aku??salah cakap ke???salah make up ke??ke aku yang perasan, sebenarnya mungkin aku yang perasan sebab aku memang suka perasan...aku memang xde keje arini...aku bosan sangat hidup terumbang ambing macam ni...aku selalu nak tau apa salah aku yang aku xsedar atau orang rasa aku sedar tapi sebaliknya aku xsedar pun...aku manusia yang lemah...
tadi dapat email dari kak hajar yang dia nak bertunang 28.11.2009 nanti...sayangnya aku xdapat datang sebab hari raya haji...semestinya aku nak balik kampung jumpa mak abah aku...
Aku da tak de idea ni...aku baru je balik dari rompin pagi ni sebab g teman kak ida, cian dia nak balik sorang2 gelap2 tu...aku happy dapat tolong kak ida....
pagi ni aku muntah, hanya ALLAH yang tau betapa aku sakit semasa muntah tapi xla sakit sangat kalau nak dibandingkan ibu bersalin...aku muntah sebab angin jangn pikir yang bukan2 ea...

Jumaat, 13 November 2009

Andaiku pergi dulu

Assalamualaikum wbt,
Kepada semua pembaca blog aku, saudara mara, sahabat lama dan baru...aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau aku ada buat salah ke, mengguris hati kalian ke, dan kalau boleh halalkan la apa yang korang penah bagi kat aku x kisah la ilmu ke, makanan ke, pape la...semuanya...Kalau apa2 jadi pada aku, ada hutang yang korang nak tuntut, tuntut la perlahan2 ngan abah aku...tapi tolong jangan menyusahkan mak abah aku...sebab sepanjang hidup aku, aku dah selalu sangat menyusahkan mereka...xpenah sikit pun senangkan mereka...
Just now, miss sujata aku call happy gak...hehe...lama xspeaking sekali speaking rasanya lain sangat....hehehe
ok sambung, aku rasa xsedap hati je ari ni...2 kejadian yang macam petanda terjadi pagi tadi, 1st aku iron tudung tudung berlubang terbakar...nak pakai krim, krim jadi cair dan jatuh nak kate panas xla logik gak sebab hujan so mesti sejuk...aku rasa takut...tapi aku tetap yakin yang ALLAH akan bantu aku hadapi semuanya...
Selamat Hari Jumaat...seperti biasa hari jumaat aku akan melawa sebab nak dapatkan sunat hari penghulu hari....hari jumaat ibarat hari raya tau...sunat kite melawa dan memaki wangi2an...harapnya aku make up xla buruk..sebab aku memang xtau nak make up tapi nak try..nak jadi perempuan...hehehe...apapun aku rasa bersyukur masih diberi hidup...
Jadi marilah kite semua bersyukur dengan nikmat yang ALLAH bagi pada kita....Alhamdulillah...

Khamis, 8 Oktober 2009

Meluahkan rasa..

Assalamualaikum,
kul 10pagi sampai offfice memang la xde orang dalam FOC...aku je yang rajin datang awal2 ni...orang lain duk sedap tido kat umah....xkisah la...yang penting semua bahagia...
Aku sesungguhnya sangat bersyukur dengan apa yang aku ada, aku rasa bahagia dengan apa yang aku ada...aku juga manusia yang punya banyak kelemahan, kadang aku rasa serba kekurang...xde kakak, xde abang, da kehilangan adik kesayangan pulak...sunyinye rasa...umo da 22tahun tapi masih nak pikir semua nikan????apa nak buat im juz human being...!!!Kat office xde kawan yang sekepala plak...kawan la dengan pakcik2 yang bagus2 semua....banyak la dapat pengalaman hidup tapi sunyi gak sebab aku boleh kira bape patah perkataan sehari yang aku keluarkan...telinga yang banyak berfungsi bile ngan pakcik2 ni....maklum la akukan pemalu orangnya...hehehe....aku tengok kak ira bile kat office selambe je...tapi boleh ke aku selambe macam tu kat sini??akukan muda sangat lagi...nanti aku risau kalau aku terslah cakap ke yang boleh mengguris hati mereka...hah, paham2 la orang lama dan orang baru....kadang ayat orang baru ni lain sikit...
La ni aku duk sorang2 je kat office duk update blog ni gune PC pak cik Majid...aku tadi ingat nak settle pasal email semua tapi hmm...susah la nak cakap...xde apa yang settle pun da la sombong plak tu Operator yang kononnya nak tolong aku...tapi xpe la kat dunia ni kan macam2 orang ade...aku pun mungkin pelik bagi sesetengah orang...terima la diri kite seadanya...
Gaji ntah bile nak masuk, duit makin kering...nanti dapat gaji nak kene plak bayar kete, rumah, dan macam2 bills...hai, tinggallah beberapa keping wang kertas bernot 10....yang warna merah tu...tu la untuk aku bertahan sampai next monthnye...hutang berlambak lagi yang blum disentuh....kalau nak cite pasal hutang aku memang akan rasa malu..huhuhu...tapi jangan risau semua pemiutang aku, pasti aku akan bayar semua hutang2 korang tu...insyaALLAH...cepat atau lambat je la....sedh gak mengenangkan hidup aku ni tapi ade orang lagi sedih dari akukan???Aku bersyukur...syukur alhamdulillah....

Selasa, 6 Oktober 2009

AKU!!

Assalamualaikum,
hahaha, aku la ni masa kat kolej...nanti aku akan updated kat sini gambar2 terbaru aku k....

ni time kelas add mate, kelas yang paling aku suke...huhu...tapi masa ni aman kacau aku...tu yang wat muka tu...pastu sempat dia snap gambar aku....aku pun redha je...hehehe...

hah, ni time addmate gak, ntah bile diorang snap aku pun xtau...aku tengah tengok kerja aku la masa tu..hahaha poyo je kan???aku memang poyo pun...hehehe...


ha, ni masa kat kg halaman...kat felda serting hilir la....aku penat tunggu bus xsampai2...1jam lebih aku tunggu sampai aku nak balik semula ke rumah tau x...tapi untuk hilangkan bosan menungu aku snap2 la gambar aku....masa ni gak aku terpikir nak build bustand kat felda ni supaya xde orang yang letih menunggu bus yang lambat dan sangat cantik tu(bus LTS)...sekarang aku da ada kete, walaupun kecik dan xla cantik tapi aku xpayah la nak tunggu bus lagikan???nak tengok kete aku???
nanti2 aku snap pastu aku upload ok....

Isnin, 5 Oktober 2009

Mak Abah datang kuantan

Assalamualaikum,
Hari jumaat bersamaan 2hb okt 2009 mak abah datang ke rumah aku...happy sangat2 hanya ALLAH yang tau!!!hari ni hari jadi mak dan esok hari jadi abah...aku ingat nak celebrate sekali tapi diorang xnak...kate diorang jangan buang duit...tapi aku rasa bahagia walaupun duit habis...aku ni jenis yang xkisah berhabis untuk org yang aku sayang dan aku rasa berbaloi...hasrat tak tercapai untuk raikan ulangtahun mereka tapi xpe aku akan raikan juga nanti...insyaALLAH....aku sayang sangat ngan mak abh aku...mereka banyak betul berkorban untuk aku...aku keje memang la untuk diri sendiri tapi aku lebih pikirkan mak abah aku....aku nak tolong abah siapkan umah, aku gak nak bawak mak abah aku menunaikan haji dan umrah...aku nak mereka bahagia....kadang tu bile aku dapat gaji da 2 bulan da...xdapat nak bagi kat diorang aku rasa tertekan tapi aku ni jenis yang positif gak so xla tertekan sangat....aku rasa macam nak kawen ngan anak raja ke anak dato' ke anak tan sri ke hehehe tapi diorang nak ke kat aku...dan kemungkinan yang lain plak...akan bahagia ke aku kawen ngan anak orng berada ni???aku memang nak kawen untuk bahagia tapi bahagia mak abah aku bahagia la aku....bile agaknya aku akan kawen???
bukan sebab da gatal ke apa, tapi aku pikir tentang masa depan aku...ok, sekarang umur aku 22tahun memang la muda tapi kalau la aku kawen umur 23tahunkan...pastu dapat anak umur 24tahun katekan la...anak aku nak capai 5tahun umur aku da 29tahun dah...anak aku 5tahun aku da 29tahun...da tua....anak kecik lagi....itupun kalau aku kawen taun depan kalau lambat lagi macam mane tu???da la aku ni memang nak ada anak ramai....sonok ade anak ramai ni...anugerah ALLAH paling berharga....aku tengok mak aku dan aku jadikan mak aku sebagai idola aku...untuk jadi seorang isteri dan ibu yang solehah...walau bagaimanapun aku tetap boleh bersabar dan akan terus bersabar sampai ALLAH temukan aku dengan jodoh aku!!!

Rabu, 30 September 2009

Kebosanan tahap yang tiada tahap

Assalamualaikum wbt,


Hari ni macam biasa aku akan sampai office dalam kul 8.00pagi...sampai je terus punch card pastu g breakfast...eeeaaaa, breakfast tu penting sangat2 kata mak aku....doktor pun kata penting!!!so, bagi sesiapa yang xnak atau xsuka makan breakfast baik hentikan tabiat anda itu....makan la sarapan anda....alamak....macam iklan jabatan kesihatan la plak!!!!bile sampai off macam biasa orang xde, kuar ke xsampai lagi ke xtau la....yang aku tau diaorang semua xde...kalau ade pun duk je la kat off...melainkan ade kerja....kalau ade kerja tu..huh...xkenal da off ni...duk kuar je hari2....dari pagi sampai la ke malam....g jauh lagi tu....kuar pun g ronda2 pahang ni....walaupun aku ni memang susah nak ingat jalan tapi disebabkan aku hari2 jalan2 aku da nak ingat da jalan sekitar pahang ni....syukur Alhamdulillah....hehe...tapi hari ni lain sikit, aku mengambil keputusan untuk mengisi masa aku dengan membuat blog, maka terjadilah blog in...hehehe....aku xla banyak idea nak cite kat sini tapi aku cuma nak luahkan segala yang ade didalam hati supaya aku tenang...kalau wat macam ni xpayah la aku pergi mengendeng kat orang2 supaya layan aku...huhuhu cian kat akukan????

Kat umah bilik yang aku sewa dulu tu, ade sorang kakak ni...kak nor namanya...cun orangnya, sweet je...baik pulak tu....dia suka sangat senyum....dia ade tunang, xtau la plak nama apa....xkan aku nak g tanyakan????tunang akak tu caring sangat, hencem plak tu....bile aku tengok die aku rasa nak je bertunang...tapi tu la masalahnya dengan sape??????bile cite pasal jodoh ni, aku selalu tertanya2 bile agaknya sampai turn aku bertemu jodoh....aku tau mesti semua tertanya2 betul ke aku ni xpenah bercinta???aku penah bercinta dulu tapi cinta monyet la....cinta zaman kanak2...hehehe....cinta yang xmenggunakan fikiran...suka layan xsuka g jalan...hahaha...sekarang aku macam xreti nak bercinta2....aku xtau la macam mane org boleh bercinta???kalau call apa yang diorang borakkan???kalau jumpe apa yang diorang buat???
aku cam takut pun ade bile dengar gejala sosial yang semakin berleluasa diakhir zaman ini....aku ni bukan la alim pun tapi apa yang ALLAH larang sebolehnya kite jauhilahkan tapi ade 1 yang sukar dijauhi sekarang laki pompuan suka wat benda ni iaitu mengumpat.....hahahah...sesungguhnya mengumpat ini ibarat memakan daging saudara sendiri yang telah mati....eeeuuu...a'uzubillah......tapi tu la yang kite semua selalu watkan sedar atau xsedar....
Aku kalau boleh nak kawen je cepat2, aku nak ada anak yang comel2, bijak, sihat, dan sebagainya la macam ecah anak kak ira...huhuhu bijak, comel plak tu...geram sangat...rindunye kat dia...anak kaknor athirah pun comel pun bijak....hehehe anak2 cucu cicit mariam hussin dan mansor samad semua comel dan bijakkan????huhuhu....senang hati uwan n atuk kalau depa masih hidup...


ecah yang comel


ecah senyum lawa



cute sangat

Cite balik pasal jodoh nikan...kalau ALLAH makbulkan permintaan dan doa aku la...aku nak lelaki yang soleh....bukan yang bernama Saleh....lelaki yang berilmu...ilmu apa???semua ilmu kebaikan...lelaki yang beriman dan bertakwa kepada ALLAH...lelaki yang Penyayang, sayang kat aku seadanya aku dan sepenuhnya pada aku...semestinya yang bertanggungjawab, penyabar, yang ada rupa dan harta.....amin....huhuhu...aku doa dan berharap je...orang kate kalau kite nak pasangan yang sempurna kite haruslah sempurna dulu....tapi ade ke manusia yang betul2 sempurna tu????kan hanya ALLAH yang Maha Sempurna....aku redha dengan apa yang ALLAH bagi pada aku sebab aku tau sebaik mane pun plan yang aku buat plan ALLAH juga yng terbaik untuk aku....mungkin terbaik untuk semua juga....walaupun kadang kite rasa xsuka dengan apa yang ALLAH bagi kat kite...kite hanya insan biasakan...syukur aje apa yang kite ada dan dapat...

Da banyak dan panjang lebar aku membebel dan mungkin merapu...ok la...aku rasa setakat ni dulu cacatan aku yang pertama ni...nanti aku update lagi cerita terbaru..dan insyaALLAH kalau aku balik kg aku akan uploadkan gambar2 aku...juga akan adjust balik blog aku ni...huhuhu....sonok dapat buat blog semula....