Assalamualaikum wbt,
Sesungguhnya ALLAH menjadikan Cinta untuk menjalinkan ukhuwah sesama manusia. Cinta bukan hanya terhad untuk pasangan kekasih atau suami isteri sahaja, Cinta juga terjalin antara adik beradik, saudara mara dan Cinta yang paling dituntut dan kekal abadi adalah Cinta kepada ALLAH swt. Manusia ni sentiasa lalai apalagi jika pasangan yang mabuk bercinta, Cinta buat mereka lupa semua perkara disekeliling mereka. Ada juga manusia yang cinta duit dan harta benda, cinta sesuatu dengan obsesnya hingga lupa cinta yang sejati hanyalah Cinta ALLAH.
Aku pun manusia biasa, dulu aku mencari cinta manusia tapi cinta aku pada ALLAH adalah yang utama walaupun dengan kelalaian aku kadang aku lalai menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya. Aku sepatutnya berubah jadi lebih baik bukan sebaliknya tapi sejak aku mula cintakan manusia 5bulan lepas aku hampir serahkan semua cinta aku pada dia, sedangkan setiap hari lidah aku berdoa "YaALLAH jangan jadikan cintaku pada manusia melebihi cintaku padaMu yaALLAH..." perasaan sesuatu yang subjektif....sukar diduga....kalau la dulu aku sering bertanya siapa jodoh aku sekarang aku sering mempersoalkan kenapa aku harus ada perasaan macam ni...ya memang perasaan yang indah tapi yang indah itu yang sering buat manusia lemah macam aku lalai....Aku tak salahkan sesiapa, semua ni ade hikmahnya...apa yang perlu aku buat adalah memperbaiki hubungan aku dengan ALLAH semula!!Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...insyaALLAH aku akan dimaafkan. Aku kenal pasti diri aku ni kaya dengan cinta dan kasih sayang...aku diajar sejak kecil untuk tidak menyimpan dendam atau benci pada orang lain. Aku sayangkan orang2 disekeliling aku....apa pun yang mereka buat pada aku, aku maafkan....dan harap mereka dapat memaafkan aku juga....memaafkan adalah satu perkara yang penting bagi aku sebab aku teringin nak masuk syurga ALLAH...kalau la aku penuh dengan amalan sekalipun jika ade orang yang tak maafkan aku...aku tetap tergantung..tak dapat masuk syurga....auzubbillah....aku sayangkan orang yang aku sayang sampai akhirat...aku mohon mak abah adik2 aku supaya mereka masuk syurga, dapat perlindungan arasy ALLAH dipadang masyar kelak....insyaALLAH...
Honestly, aku memang tak sabar nak punya keluarga sendiri, ada anak sendiri...ada suami yang jaga aku...impian aku cuma satu je nak jadi seorang wanita yang solehah...hamba ALLAH yang taat dan solehah, anak yang solehah, kakak yang solehah, pekerja yang solehah, kawan yang solehah, manusia yang solehah dan yang paling penting aku berazam nak jadi isteri dan umi yang solehah....insyaALLAH....sesungguhnya ALLAH dah janji akan makbulkan doa-doa hambaNya yang berdoa kepadaNya....aku yakin dengan janji ALLAH....semoga mak abah adik uwan atok dan semua orang yang aku sayang sentiasa dilindungi ALLAH dan bahagia dunia akhirat...amin....terima kasih ya ALLAH....

0 ulasan:
Catat Ulasan